Keimanan Cinta

Keimanan Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 dibintangi oleh Izreen Azminda, Jason Chong, Iqram Dinzly dan Adeline Tsen. Diadaptasi dari novel 2011 bertajuk sama karya Munie Asra terbitan Galeri Ilmu, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 5 September 2011 hingga 4 Oktober 2011.Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[1]

Keimanan Cinta

Lagu penutup "Padamu Ku Bersujud" oleh Afgan Syah Reza
Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Syarikat pengedaran Primeworks Studios
Penerbit eksekutif
  • Abdul Halim Che Pa
  • Rohaya Ibrahim
Lagu pembukaan "Padamu Ku Bersujud" oleh Afgan Syah Reza
Pengarah Aidilfitri Mohd Yunos
Penerbit
  • Abu Hassan Morad
  • Yusri Yusof
Format gambar
Syarikat penerbitan Layar Consult
Tempoh siaran 40 minit
Siaran asal 5 September 2011 – 4 Oktober 2011
Bilangan episod 10
Sinematografi Mohaimin Azaini Mohamad
Berdasarkan daripada Novel asal oleh Munie Asra
Penyunting Herman Shah
Dibintangi oleh
Genre Drama, agama, keluarga
Ditulis oleh Ummu Hani Hassan
Saluran asal TV9